Siri Mat Salleh Cari Makan kembali lagi. Dalam episod kali ini, Rhys William berada Chef Ammar Xpress Souk Cafe, Subang Jaya, Selangor untuk mencuba sebuah menu yang telah menempahati rakyat Malaysia, iaitu Nasi Mandy
Di dalam episod ini, Rhys diberi peluang untuk bersama Chef Ammar di dapur kedai beliau untuk melihat proses penyediaan Nasi Mandy ni, dan juga menu lain. Kaliber dan pesona Chef Ammar ketika memasak jelas kelihatan dan kami sangat berbesar hati untuk menjayakan episod ini
Dengan pengalaman memasak hampir 40 tahun, Chef Ammar telah berjaya mencipta sebuat resepi Nasi Mandy yang kena dengan selera rakyat Malaysia. Sebuah hidangan yang penuh dengan letupan rasa yang datang dari gabungan herba dan rempah ratus khas dari luar negara.